Home » » Taklim : Tata Cara Shalat ( Bacaan Duduk antara dua sujud)

Taklim : Tata Cara Shalat ( Bacaan Duduk antara dua sujud)

Written By Unknown on Selasa, 04 September 2012 | 9/04/2012

Bismillahirrahmanirrahim

Asalamualaikum wbt dan Salam Syawal..

         Alhamdulillah.... tak henti hentinya kita selalau memanjatkan puji syukur ke pada ALLAH SWT yang selalau memberikan nikmat ilmu yang banyak ke pada hamba-hambanya.
Setelah rehat selama satu bulan dalam rangka menghormati bulan suci ramadhan, Taklim fikih di Masjid AL-MUSABBIHIN dilanjukan kembali. Hari ini tanggal 01 September 2012, ba’da Sholat Maghrib sampai menjelang shalat ‘isa, dalakukan taklim pembelajaran tata cara sholat . dalam kajian kali ini yang masih di bimbing oleh KH Yusuf Abdulkarim Sag, masih melanjutkan bahasan tentang “Bacaan Duduk Antara 2 Sujud”.


      Jamaah Masjid  AL-MUSABBIHIN dan para pembaca yang  dirahmati Allah, kalau kita perhatikan dan renungkan kembali terkadang kita terlupa dan tak menghiraukan betapa bacaan dalam sholat terlalu besar artinya dan maknanya. padahal didalam kita membaca bacaan sholat itu sama artinya kita sedang berdo'a kepada Allah SWT, kali ini kita akan menelaah makna dan manfaat bacaan saat Duduk antara dua Sujud :

Bacaan saat Duduk antara dua Sujud :

 




 Artinya :
” Ya Tuhanku, Ampunilah aku.., Kasihanilah aku.., Tutuplah aibku.., Tinggikanlah darjatku.., Berilah aku Rizqi Tunjukilah aku.., Sejahterahkanlah aku..dan Maafkanlah  aku..”


Rabbi: wahai tuhanku (ALLAH). Kita memohon kepada Allah yang tiada Tuhan  selainNya, hanya Dia sahaja berkuasa di atas muka bumi ini serta menjadi raja di hari pembalasan. Kita mempercayai dan memperakui serta mengimani bahawa Allah itu ada dan Dia yang mentadbir alam maya ini. Mohonlah seberapa banyak permohonan pun, dengan penuh keinsafan dan rendah dia.

ighfirli: ampunilah segala dosa ku. Kita sebagai manusia yang sentiasa melakukan dosa baik sengaja atau sebaliknya mahupun dosa kecil ataupun dosa besar. Menjadi manusia yang sadar dengan dosa dan manusia yang takut dosa adalah satu anugerah Allah kepada kita. Perasaan takut dosa dan segera bertaubat hanya tercetus di dalam hati insan yang terpilih sahaja. Memang sedikit manusia yang suka bertaubat mahupun sedar dengan jalan dan cara hidup salah mereka.

warhamni: kasihanilah aku: kasih sayanga daripada Allah itu sangat penting untuk diisi dalam karung hidup setiap insan. Dengan kasih sayngaNya, Dia telah anugerahkan kepada kita nikmat yang sungguh banyak dan tidak terhingga. “Jika kamu mahu menghitung nikmat Allah nescaya tidak terhitung banyaknya” : quran.

wajburni: sempurnakanlah kekurangan aku. Kita mesti tahu dan sedar bahawa kita adalah insan yang lemah dan serba serbi kekurangan. Hanya kepada Allah kita merayu dan berharap, dengan qudrah dan iradatnya, moga moga kita di sempurnakan hidup kita dengan fizikal yang baik, akhlak yang baik dan rohani yang baik. lemahnya kita di sisi Allah, mudah mudahan Allah memperelokkan pandangan manusia terhadap kita dan golongkan kita dalam kelompok manusia yang bahagia di atas muka dunia ini dan seterusnya sampai ke akhirat nanti.

warfa’ni: angkatlah darjat ku. Rendah dan hinanya kita di sisi Allah, tatpi tidak di mata manusia (bukan erti kata kita menyombong diri dan riak) bahkan kita bangga menjadi manusia yang berpegang dengan nilai hidup yang betul dan sempurna serta kita bangga dengan agama Islam yang kita  anuti. Betapa hinanya manusia yang beragama tetapi tiada amalan darinya. Agama itu dapat memuliakan penganutnya jika mereka tidak ingkar. Darjat manusia menjadi penentu dengan amalan agamanya.

warzukkni: kurniakanlah rezeki kepada ku. soal halal dan haram menjadi pokok utama dalam urusan mencari rezeki. Kerana rezeki yang halal membawa ke syurga dan yang haram membawa ke neraka. Kita hendaklah sentiasa memohon dan berhajat untuk mendapat rezeki yang barokah dan bersih daripada perkara-perkara yang kotor. Kerana Allah sentiasa melimpah ruahkan rezekinya kepada seluruh manusia yang suka berusaha, tetapi halal ataupun haram adalah pilihan kita.

wahdini: tunjukilah aku jalan yang benar. Pimpinan  ke jalan yang diredhai Allah dan jalan yang tidak di murkai adalah perkara utama dan terpenting. Kerana hidayah Allah turun kepada manusia yang terpilih sahaja. Pilihlah aku ya Allah dan letaklah aku di landasan yang benar dan dirahmati. Husni khatimah adalah akhiran yang semua orang hajati, untuk mencapai husnu khatimah perlulah perjalanan hidup ini perlulah menerusi jalan yang lurus seterusnya menuju tepat ke destinasi husnu khatimah.

wa’afini: sehatkanlah badanku. kesihatan adalah perkara yang terpenting dalam penerusan hidup ini. Dengan pengambilan makanan dan diet yang baik lagi halal akan memberi kasihatan kepada rohani dan jasmani. Kesihatan kita hari ini, bila-bila masa sahaja Allah boleh mengambilnya. Maka rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, antaranya ialah hargai dan manfaatkan masa sihat mu sebelum datang masa sakit, dan setrusnya hargailah masa hidup ini sebelum datang kematian. kerana kematiaan itu adalah ranjau hidup yang terakhir sebelum menuskan hidup di alam barzakh yang mendedahkan kepada kita baik atau buruk nasib kita di akhirat nanti.

wa’fu ‘anni: maafkanlah kesalahanku.

        Bayangkanlah sehari berapa kali kita ucapkan Do'a ini.. Memang sewajarnyalah orang yang rajin bersholat dengan niat ikhlas kerana Allah swt hidupnya kita lihat aman, damai, tenang dan harmoni..rezekinya juga bertambah dan tidak putus-putus..
Dalam keadaan tidak sadar setiap hari memohon didalam sholat kita.. tapi sayangnya kita hanya memohon tanpa memahami apa yang kita ucapkan hanya sekedar tersebut dibibir tetapi tidak tersentuh dari hati kita yang paling dalam. Mari kita mulai menghayati ketika kita bermunajat kepada Allah dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah SWT.
Itulah sedikit banyak ringkasan dari Taklim ingguan yang diselenggarakan di Masjid  AL-MUSAABIHIN semoga bermanfaat bagi kita semua. Amin...

Wasalam warohmatullah wabarokatuh
Share this article :
 
Contact Support: Twitter | Facebook
Copyright © 2012. AL-MUSABBIHIN - All Rights Reserved
Published by TakadaTapiono Creative